Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

SEPANG, 25 JUN  2014 – Bertempat di Kem Isi Rimba, Kemensah telah berlangsungnya program Rakan Muda MyCamp Daerah Sepang 2014. Seramai 41 orang peserta dari daerah Sepang telah menyertai program ini. Program selama 5 hari 4 malam ini berobjektif untuk menerapkan semangat patriotisme cintakan Negara dan kesukarelaan dalam diri setiap peserta.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya program sehari bersama Orang Asli  yang mana para peserta di bawa ke perkampungan orang Asli suku kaum Temuan oleh Tok Batin Ibak dan dijamu dengan durian. Para peserta kemudiannya dibawa ke hutan bagi aktiviti penjelajahan dan ikhtiar hidup. Para peserta diajar cara mendirikan khemah,memasak menggunakan buluh dan “Emergency Rescue Procedure” ketika di dalam hutan.  Permainan paintball dan aktiviti membersihkan sungai antara aktiviti yang paling digemari oleh para peserta.

Majlis perasmian  penutup telah dirasmikan oleh Dato’ Panglima Ir. Roslan Yaacob diiringi Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, Cik Artika Rozilan. Rata-rata peserta yang menyertai program ini meminta agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

 

Disediakan Oleh : Nurshafira Hamzah (PBSD Sepang)

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable