Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

PULAU CAREY, BANTING 17 Mei 2014 – Bengkel ini telah dilaksanakan di Amverton Cove Golf & Resort, Pulau Carey, Kuala Langat dan telah melibatkan 40 orang peserta dari seluruh daerah Kuala Langat. Program ini telah disertai oleh peserta wanita yang berumur antara 19 hingga 52 tahun.  

 

Objektif bengkel ini antaranya untuk menjadikan sukan atau aktiviti senaman sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian sekaligus membentuk golongan wanita yang aktif dan sihat, memahami kepentingan mengamalkan aktiviti sukan mahupun senaman yang secukupnya dalam kehidupan seharian, membentuk golongan wanita yang aktif dan sihat dan mengelakkan peratusan golongan wanita yang menghidap penyakit yang tidak berjangkit.

 

Antara pengisian bengkel ini ialah senamrobik/ ceramah/ praktikal berkaitan Senaman & Aktiviti Fizikal. Apakah Faedahnya yang disampaikan oleh Instruktor Jemputan En. Fakhri Bin Mohd Nor dan Ceramah bertajuk Makan Secara Sihat, Resepi Kehidupan Yang Sihat disampaikan oleh Dr. Wan Hilya Munira Bt Mustafa, Ketua Unit Klinikal, LPPKN Negeri Selangor.

 

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Rozana Bte Hj. Kamarulzaman @ Ojene, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Kuala Langat merangkap Presiden Kelab Kecergasan MAYC Kuala Langat. Turut hadir sepanjang bengkel dilaksanakan ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat, Puan Zuraidah Yusoff. 

  

Disediakan Oleh: Mastijah Binti Insuin (PBSD Kuala Langat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable