Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

SABAK BERNAM, 21 Mei, 2014 – Seramai 39 orang peserta yang dikhaskan kepada peserta wanita sahaja yang berumur di dalam lingkungan 19-55 tahun telah menyertai Bengkel Women & Fitness Peringkat Daerah Sabak Bernam yang telah diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Bengkel ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama  PUSPANITA Politeknik Sultan Idris Shah dan Kelab Kecergasan Sabak Bernam.

Bengkel yang diadakan selama sehari ini bertujuan untuk memberi kefahaman akan kepentingan pengamalan aktiviti sukan mahupun senaman yang secukupnya di dalam kehidupan seharian sebagai menu penting untuk menjadikan seseorang itu sihat dari segi mental dan fizikalnya. Bengkel ini turut menyedarkan para peserta bahawa pengamalan gaya hidup yang sihat serta penjagaan diet yang seimbang dapat mengelakkan dan mengurangkan peratusan golongan wanita daripada terdedah kepada penyakit yang berjangkit. Bengkel ini juga mengajak peserta untuk menjadikan sukan atau aktiviti senaman sebagai budaya dalam kehidupan seharian untuk membentuk golongan wanita yang kekal aktif dan sihat sepanjang masa. Peserta bengkel ini turut berpeluang untuk mengetahui status kesihatan mereka dengan membuat pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam yang turut dijemput untuk menjayakan bengkel ini.

 Sebanyak dua slot ceramah diselitkan di dalam bengkel ini yang disampaikan oleh Tn Hj Syaiful Anwar Hj Ishak yang bertajuk “Sebab dan Punca Menghidap Penyakit” dan “Apakah Faedahnya Senaman dan Aktiviti Fizikal” bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta.Sesi terakhir yang ditunggu-tunggu oleh peserta bengkel ini ialah latihan praktikal mengenai cara-cara senaman yang betul.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Puan Wan Yasima Binti Mohamad Amin, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Turut hadir mengiringi beliau ialah Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam, Puan Siti Norwinah Binti Narawi.

 

Disediakan oleh: Freddy Anak Jombing (PBSD Sabak Bernam)

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable