KAMPAR 2 Mei 2014.   Bengkel Pengurusan Organisasi Belia Peringkat Daerah Kuala Selangor telah diadakan pada 2 – 4 Mei 2014 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kampar, Perak.   Seramai 44 orang peserta belia dari Kuala Selangor telah terlibat dalam bengkel ini. 

Bengkel ini telah dirasmikan oleh En. Darul Aman bin Mohamad Yusub, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor.   Objektif bengkel 3 hari 2 malam ini adalah bertujuan melengkapkan para belia dengan ilmu pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan proaktif dalam mengendalikan organisasi belia. Selain itu juga, bengkel ini bertujuan meningkatkan kebolehan kepimpinan para belia.

 

 Disediakan Oleh : Mohd Amirul Hafiz bin Arshad (PBSD K.SELANGOR)

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable