Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KLANG, 17 Mei 2014.    Bengkel Pemantapan Kepimpinan Dan Pemasaran NGO ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada penggerak NGO Sukan berhubung peluang dan pendekatan yang perlu di ambil untuk meningkatkan daya saing NGO Sukan serta memperkasakan sistem pengurusan yang lebih sistematik dan selari dengan hala tuju, visi dan misi Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.  Antara objektif utama bengkel ini adalah meningkatkan pengetahuan pengurusan dan pemasaran NGO Sukan Massa untuk lebih berkeyakinan dan berilmu pengetahuan untuk menguruskan persatuan dengan lebih mantap dan efektif.

Bengkel ini telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Klang bermula pada 17 hingga 18 Mei 2014 dengan penglibatan daripada 22 orang  pemimpin – pemimpin serta ahli jawatankuasa Kelab Sukan dan Rekreasi daripada setiap daerah di Negeri Selangor.   Bengkel ini juga telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan.

 

 

Disediakan Oleh : Suhaila binti Noordin (JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 Disunting Oleh :Syazwani binti Haji Mohd Kasim (JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable