Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

 

PULAU MERANTI, 22 NOVEMBER 2014 – Sayangi ibu bapa  dan membantu mereka yang memerlukan, merupakan objektif program Jelajah Sukarelawan Rakan Muda Daerah Sepang siri 4 yang telah berlangsung di Rumah Orang Tua Al-Ikhlas Pulau Meranti, Puchong. 

Program ini telah melibatkan penyertaan seramai 47 orang peserta dari Kelab Beliawanis Sri Sepang. Sepanjang program berlangsung, para peserta yang berumur dikalangan 15 hinggga 25 tahun telah menjalankan aktiviti gotong royong dan sesi beramah mesra dengan warga Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti Puchong. Sumbangan berupa barangan makanan asas seperti beras, sardin dan telur telah disampaikan oleh En. Sofian bin Ismail, Pegawai Pelia dan Sukan Daerah Sepang kepada pihak pengurusan Rumah Orang Tua Al-Ikhlas Pulau Meranti, Puchong.

 

Disediakan Oleh : Nurshafira binti Hamzah ( PBSD Sepang)

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable