SEPANG, 27 APRIL 2014 – Karnival Mesra Belia ‘Jom ke Putrajaya’ Peringkat Negeri Selangor yang dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Belia Selangor (MBS) telah berjaya menarik lebih 1000 belia mengunjungi sepanjang tiga hari karnival tersebut berlangsung.

 

Karnival yang berlangsung tiga hari bermula 25 hingga 27 April di Dataran Sadiman, Bukit Changgang dekat sini menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung seperti Pertandingan Futsal, Gendang Rakyat, Kawad Kreatif, Kompang Formasi serta pelbagai aktiviti menarik lain dan turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis-artis tempatan seperti Acong, Yassin, Nas Adilla, Radhi OAG.

 

Karnival yang melabuhkan tirainya hari ini dirasmikan Menteri Dalam Negeri yang juga Mantan Pemimpin Belia Kebangsaan, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Dalam majlis perasmian tersebut juga, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid turut menyampaikan hadiah kepada penerima Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) kategori Lelaki dan Wanita, Anugerah Perdana Pertubuhan Belia bagi Johan dan Naib Johan, Pingat Bakti Belia, Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Panel Penilai APBN serta penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Kawad Kreatif dan Kompang Formasi.

 

Turut hadir pada majlis tersebut Presiden MBS, Dato’ Haji Irmohizam Ibrahim serta Pengarah Kemajuan Negeri Selangor, Dato’ Mohd Rosli Ramli.Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia Dan Sukan Negara, Dr. Abd. Ghani Mohd. Yusof dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor.

 

 

 

Disediakan oleh : Husna Ahmad Dimyati (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable