Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

SUNGAI AIR TAWAR - 21 DISEMBER 2014,Program Bakat Remaja Gaya Hidup Rakan Muda Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada Ahad lepas di Dewan Sepak Takraw, Bagan Nakhoda Omar. Program sehari yang berbentuk karnival ini telah mengumpulkan seramai 500 orang remaja dan belia serta penduduk setempat untuk mereka menyerlahkan bakat mereka di setiap pertandingan yang dipertandingkan mengikut 8 Gaya Hidup Rakan Muda.   Agensi Kerajaan seperti Pejabat Kesihatan, IPD Sabak Bernam dan Askar Wataniah turut diundang untuk membuat pameran di booth yang disediakan.  Diantara pertandingan yang menarik perhatian ramai ialah pertandingan‘Battle of the Band’ yang telah menghidupkan dan menghangatkan suasana program ini.

Kehadiran A.Ali, komposer terkenal  selaku juri professional dan persembahan nyanyian dari beliau telah mengamitkan suasana Retro bersesuaian dengan kategori lagu yang dipertandingan iaitu lagu kategori Retro dan Rock Balada.  Selain itu, turut diadakan ialah pertandingan Futsal Lelaki,  Freestyle Football,  Shoot On Goal Netball, Bowling Lantai dan Shoot On Target Dart yang menawarkan semua hadiah wang tunai. Menukar minyak hitam 100 buah motosikal yang terawal mendaftar turut diadakan yang diterajui oleh MAYC Kawasan Sabak Bernam.

Persembahan Karate-Do turut mencuri perhatian para pengunjung dengan aksi memecah bata dan sparing. Turut dipersembahkan ialah silat dan lompat tali. Aerobik turut diadakan di sebelah pagi sebelum bermulanya pertandingan.  Ramai pengunjung serta peserta program sanggup menunggu sehingga perasmian penutup kerana hadiah cabutan bertuah yang menarik iaitu basikal MTB dan basikal Fixie serta peralatan elektrik dan hamper untuk dimenangi.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Tn Hj Mohd Fasiah Bin Hj Mohd Fakeh, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Sabak Bernam dan majlis perasmian  penutup oleh YB Tn Hj Kamarol Zaki Bin Hj Abdul Malek, ADUN Selangor Kawasan Sungai Air Tawar.

 

Disediakan Oleh : Freddy Anak Jombing (PBSD Sabak Bernam)

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable