Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KLANG, 15 NOVEMBER 2014 – Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Daerah Klang 2014 bagi Siri 2 telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang dengan mengikhtiraf seramai 150 pelajar pelbagai kaum pagi ini.

Program ini merupakan acara tahunan pejabat yang memberi pentauliahan serta pengikhtirafan kepada semua peserta yang telah berjaya melengkapkan komponen-komponen yang diperlukan bagi membolehkan mereka menerima anugerah ARPRM tahap Gangsa.

Program telah dirasmikan oleh En. Mohd Hairudin Bin Mohd Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang. Dalam ucapannya, beliau berharap agar peserta meneruskan anugerah ke tahap Perak dan Emas kerana program ARPRM ini bukan sahaja merupakan satu program yang dikhtiraf di peringkat Kebangsaan malahan bertaraf dunia. Disamping itu, ianya turut memberi kebaikan apabila pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan alam pekerjaan kelak. Turut hadir Pengetua Sekolah, Tuan Haji Ahmad Shaffie Bin Ahmad Kasdu.

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable