Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

BANTING, 25 Oktober 2014 – Seramai 42 orang peserta Anugerah Remaja Perdana Pingat Gangsa telah menyertai perkhemahan Asas Rekreasi Rakan Muda Peringkat Daerah Kuala Langat pada 24 – 25 Oktober 2014. Tapak Perkhemahan Pantai Kelanang, Banting telah dipilih sebagai lokasi program pada kali ini.

Program ini memberi peluang kepada para belia berumur 14 – 25 tahun tanpa mengira jantina, agama dan budaya mahupun kemampuan fizikal serta mental terutama dikalangan pelajar sekolah untuk mengenali asas-asas perkhemahan disamping melahirkan golongan muda yang cenderung kepada melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat.

Para peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut didedahkan dengan perkara asas dalam perkhemahan antaranya kraf perkhemahan, interaksi alam, kemahiran asas memasak, dan diselitkan juga sesi taklimat berkaitan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan aktiviti khidmat masyarakat.

Program yang mendapat sokongan padu daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat dan Pengetua Sekolah Menengah Kebnagsaan Batu Laut ini telah tamat dengan jayanya. Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai (Unit Pembangunan Kemanusiaan), Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat, Tuan Haji Zulkifli Bin Mohamad , Penolong Kanan (Pentadbiran)      Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut, En. Rosli Saderi dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat, Puan Zuraidah Yusoff.

 

 

Oleh: Mastijah Binti Insuin (PBSD Kuala Langat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable