Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

SHAH ALAM 11 Mei 2014.    Pertandingan Bowling Veteren Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Wangsa Bowl Setia City Mall. Program anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ini bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia terhadap pembudayaan sukan di kalangan masyarakat serta menjalinkan perhubungan yang baik di antara badan – badan kerajaan dan  NGO di Negeri Selangor.

 

Program ini melibatkan penyertaan peserta yang berumur 40 tahun ke atas daripada  9 daerah di Negeri Selangor.  Hadiah kemenangan disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan.  Semua pemenang bagi program ini masing – masing  menerima wang tunai dan juga hamper serta hadiah iringan.

 

Johan bagi pertandingan ini telah dimenangi oleh Kumpulan Klang Bowlers dengan jumlah kutipan mata pin sebanyak 2198, serta pemenang kutipan mata pin tertinggi disandang oleh  Encik Zulkifli bin Ibrahim.

 

 

Disediakan Oleh : Suhaila binti Noordin (JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  

 

Disunting Oleh :Syazwani binti Haji Mohd Kasim (JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable