Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Berita

BANTING - 18 OGOS 2014. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat telah melaksanakan program Perkhidmatan Latihan Sukan (PLS) Peringkat Daerah bermula pada Mei – September 2014 (4 bulan) di beberapa lokasi  iaitu PDK Rumah Sayangku Telok Panglima Garang (Sukan Bocee), SMK Sijangkang Jaya (Sukan Patangue) dan SMK Jugra (Badminton).

Objektif program ini adalah untuk mempromosikan dan mengembangkan aktiviti-aktiviti sukan paralimpik sehingga ke peringkat akar umbi, melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru sukan paralimpik di peringkat daerah dan negeri disamping memberI latihan praktikal kepada atlet-atlet OKU yang baru bergiat dalam bidang sukan disamping memberi pendedahan kepada mereka kaedah dan teknik bermain sukan dengan cara yang betul.

Hari ini telah berlansung pertandingan akhir dan Majlis Penutupan Sukan Bocce di PDK Rumah Sayangku Teluk Panglima Garang. Majlis Penutup teleh disempurnakan oleh Puan Marshamira Binti Ahmad, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Sukan), mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat.  Turut hadir pada majlis itu En. Erwardy Soib, Penolong Pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat dan JKKKP Telok Panglima Garang serta Penyelia PDK Rumah Syurgaku Telok Panglima Garang.

 

Disediakan Oleh: Mastijah Binti Insuin (PBSD Kuala Langat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SHAH ALAM -  11 OGOS  2014.   Satu Mesyuarat Penyelarasan & Teknikal Liga Sukan Untuk Semua Peringkat Daerah dan Negeri Selangor 2014 telah diadakan di Bilik Mesyuarat , Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yg.Bhg Tn.Hj Makhruzi bin Haji Iksan , Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Beberapa pegawai sukan dari jabatan termasuk Timbalan Pengarah Sukan, Puan Wan Nor Iza binti Mohd Nor, Pegawai Belia dan Sukan dari seluruh Daerah Negeri Selangor dan  Wakil daripada Persatuan Bola Sepak Selangor, Persatuan Bola Jaring Negeri Selangor, Persatuan Bola Keranjang Negeri Selangor serta wakil daripada Persatuan Sepak Takraw Negeri Selangor turut hadir bersama.

Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan  lebih terperinci berkenaan acara sukan yang akan dipertandingkan serta kaedah perlaksanaan serta memupuk semangat kerjasama di dalam penyelarasan program ini. Program Liga Sukan Untuk Semua ini bertujuan menggalakkan masyarakat bersukan secara berterusan dan meningkatkan kepakaran serta semangat kesukarelawan masyarakat setempat. Tambahan lagi, program seperti ini dapat melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan selaras dengan kehendak kerajaan dalam membudayakan sukan di seluruh Negara.

Liga Sukan Untuk Semua ini akan dipertandingkan di Peringkat Daerah di antara bulan Ogos sehingga pertengahan Oktober , manakala Liga Sukan Untuk Semua Peringkat Negeri Selangor 2014 akan diadakan pada awal sehingga pertengahan November 2014. Antara acara yang akan dipertandingkan adalah Futsal, Bola Sepak 9 Sebelah, Bola Jaring, Sepak Takraw, Ping Pong, Bola Keranjang.

Oleh : Suhaila binti Noordin  ( Unit Sukan  )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable