Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Berita

 

KG.PANDAN – 12 NOVEMBER 2014.  Program INSPIRE iTRAIN bagi peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telah diadakan bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia Kg. Pandan, Kuala Lumpur.  Keseluruhan peserta adalah seramai 262 orang, dengan penglibatan 207 orang OKU, 37 orang pegawai pengiring, 38 orang bertugas sebagai pegawai teknikal dan sukarelawan daripada seluruh negeri  telah menyertai program tersebut,  yang bermula pada 8  hingga 12 November 2014.   Program ini telah mendapat kerjasama daripada Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Bahagian Pembangunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

 

 

Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan para peserta kepada jenis-jenis sukan yang kebiasaannya mempunyai prospek pingat dalam kejohanan sukan OKU.  Peserta diberi peluang memilih dan mencuba sendiri bidang sukan yang diminati  sambil diawasi, diberi bimbingan dan tunjuk ajar oleh jurulatih yang bertauliah.  

 

Pada hari ke-empat pelaksanaan program ini, satu lawatan daripada YB. Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin telah diadakan, beliau memperuntukan masa melawat beberapa perlawanan dan memberi kata semangat kepada peserta program.  Turut hadir bersama, beberapa orang pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. 

 

Majlis Penutup program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Encik Mohd Nor bin Md Said. Dalam ucapan nya, beliau memaklumkan  program ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi mencungkil bakat sukan dikalangan orang OKU untuk diserapkan ke Program Perkhidmatan Latihan Sukan (PLS) yang lebih tersusun dan sistematik di peringkat Daerah kelak.

 

Disediakan Oleh : Syazwani Binti Haji Mohd Kasim (JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

KLANG, 12 NOVEMBER 2014 – Seramai 150 pelajar SMK Perempuan Kapar dirai dan dianugerahkan Pingat Gangsa dalam Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Daerah Klang 2014 pagi ini.

Program bermula dengan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada Cik Shantila Vegosin A/P Veerayah yang merupakan satu-satunya penerima anugerah Pingat Emas ARPRM di daerah Klang. Tayangan slaid persembahan semasa beliau melengkapkan komponen anugerah Emas di Negara India dan Sarawak telah menarik minat serta memberikan inspirasi kepada semua penerima anugerah yang hadir.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang, En. Azrul Hafiz Bin Mohamad. Rata-rata penerima anugerah begitu teruja dan bersemangat untuk menyambung anugerah ke tahap Perak selepas tamatnya majlis pentauliahan apabila ditemubual.

 

 

Disediakan Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable