Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Berita

Hulu Langat, 15 Jun 2014 -  Bertempat di Kem Lubuk Manggis, Hulu Langat telah berlangsung Kursus Asas Kemahiran Kesukarelaan Mycorps Siri 2/2014  anjuran bersama Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Rantau Panjang Kapar Selangor.

Program yang telah berlangsung pada 12 hingga 15 Jun 2014 ini telah berjaya menarik minat seramai 40 orang peserta. Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memberi fokus kepada program kepimpinan kesukarelaan belia yang bertujuaan mewujudkan pemimpin kesukarelaan tahap tinggi

Pejabat Belia dan Sukan Negeri Selangor mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan program ini.

Majlis penutup Kursus Asas Kemahiran Kesukarelaan Mycorps Siri 1/2014 telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor,Tuan Haji Markruzi bin Haji Iksan.

  

Disediakan oleh : Mohd Zaaba Bin Ponrahono

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

TAIPING, 15 JUN 2014 – Rakan Muda My CAMP Daerah Klang 2014 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang dengan kerjasama MAYC Daerah Klang, Persatuan Pengakap Daerah Larut Matang Dan Selama dan JPAM Daerah Larut Matang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 43 orang belia tempatan.

 

Program yang bertujuan untuk melahirkan penggerak pembangunan belia yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran kepimpinan asas, jati diri kesukarelaan dan semangat patriotisme yang tinggi telah diisi dengan pelbagai modul yang menarik. Antaranya asas perkhemahan dan ikhtiar hidup, asas menyelamat, latihan dalam kumpulan dan pelbagai lagi.

 

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Azrul Hafiz Bin Mohamad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang, dengan dihadiri oleh Cik Nor Zakiah Bt Azmi selaku Pengerusi MAYC Daerah Klang dan Puan Nor Asiah Bt Ab. Aziz selaku Pembantu Belia dan sukan Daerah Klang. Dalam ucapannya, beliau berharap agar belia yang mengikuti program sentiasa peka dengan program yang dianjurkan oleh pihak pejabat dan merebut peluang keemasan dengan menyertainya bagi mencungkil potensi di dalam diri untuk menjadi belia yang sentiasa cemerlang seiring dengan globalisasi semasa. Beliau juga turut merakamkan ribuan terima kasih kepada agensi dan persatuan yang sama-sama membantu sepanjang program berlangsung.

 

 

Disediakan Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

Makluman 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

MUAT TURUN

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable