Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Berita

 

 

 

SHAH ALAM, 14 DISEMBER 2014 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Petaling dengan kerjasama Rukun Teangga Taman Sri Muda A, Persatuan Penduduk Taman Sri Muda, Kelab Bell Tamil dan IPD Shah Alam telah menganjurkan program ini  bertempat di Taman Sri Muda .  Program  disertai seramai 200 orang penduduk dan 30 anggota PDRM. 

     Objektif  program ini ini ialah untuk memberi pendidikan dan informasi berguna kepada penduduk tentang kepentingan menjaga keselamatan setempat,menjauhi aktiviti dan perlakuan jenyah . Aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong penduduk bersama PDRM, pameran agensi kerajaan, pertandingan mewarna dan kempen keselamatan di beberapa kawasan berhampiran. 

     Majlis Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketuai Polis Daerah Shah Alam seterusnya menjadikan hubungan di antara PDRM dan persatuan-persatuan yang ada di Taman Sri Muda  bertambah erat didalam usaha untuk mencegah kegiatan Jenayah di kawasan taman Sri Muda.

 

Disediakan Oleh : Faizul Rizal bin Mat Saat (PBSD Petaling)

 

 

KLANG, 13 DISEMBER 2014 – Himpunan ribuan remaja di Karnival Remaja Rakan Muda Daerah Klang 2014 bertempat di Aeon Bukit Raja, Bandar Baru Klang telah membuktikan bahawa program-program Rakan Muda masih relevan sehingga kini.

            Karnival yang dijalankan amat bersesuaian dengan musim cuti sekolah dan telah disusun dengan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk menarik golongan muda terutamanya yang berumur diantara 15-25 tahun. Antara aktivitinya adalah pertandingan 3 on 3 bola jaring, mari mencuba paintball, parkour, Rakan Muda Battlefield PC Games And Playstation 3, persembahan kompang dan yoyo, pertandingan Tamiya, persembahan akustik, kaunter semakan dan pendaftaran BRIM, SPR, Sukarelawan Daerah Klang serta gerai jualan.        

Kerjasama yang erat diantara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang bersama Majlis Belia Daerah Klang bersama Sukarelawan Daerah Klang telah menjayakan karnival yang dijalankan. Karnival turut dimeriahkan dengan kehadiran En. Mohd Haizee Bin Salleh, Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Klang selaku perasmi dan En. Mohd Hairudin Bin Mohd Nor, Pengurus Kompleks Rakan Muda Daerah Klang.

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

Makluman  

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

MUAT TURUN

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable