Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KUALA LUMPUR, 3 September 2017 - Seramai 26 peserta telah menyertai Ziarah Ukhuwah Muslim Di Bumi Warsaw, Poland bagi mengagihkan pelbagai bantuan rakyat Malaysia yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 pelarian Islam di negara itu.

Antara sumbangan yang akan diagihkan termasuk 200 pek makanan; peti sejuk dan kemudahan tempat wuduk menerusi lawatan selama 10 hari bermula 24 Ogos hingga 2 September ini.

Peserta ziarah terdiri daripada 19 pelajar tahun pertama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (Darul Quran), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); tiga guru pengiring; dua orang dari Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) dan dua orang kakitangan dari Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Program ini turut mendapat kerjasama Muslim Care; tajaan daripada Naza World dan sokongan daripada USIM dan Jakim.

Majlis pelepasan peserta berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Zainal Abidin Jaafar di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Timbalan Penyelaras Program Ahmad Mirza Nabil Ismail berkata, ziarah berkenaan membabitkan pelbagai aktiviti penyerahan bantuan dan sumbangan kepada komuniti minoriti Islam di Warsaw dan pelarian Islam yang berlindung di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan menyerahkan 200 pek makanan yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 pelarian Islam, dua buah peti sejuk dan tempat wuduk yang akan dibina di Pusat Komuniti Islam Muslim Care di kawasan Skalnicowa, Warsaw.

Pek- pek makanan akan diagihkan untuk pelarian di Kem Gdansk; Kem Debak dan Targuvek selain menyumbang 10 ekor kambing bagi tujuan korban sempena Aidiladha di dua buah masjid di Warsaw. Selain itu, rombongan juga akan melakukan kunjungan ke Kedutaan Malaysia di Poland dimana beberapa acara turut diatur termasuk ceramah kemerdekaan.

Sementara itu, Presiden Muslim Care Malaysia Zulkifli Wahijan berkata, ziarah yang dianjurkan ini penting kerana ia membabitkan kolaborasi pelbagai pihak demi melancarkan kerja-kerja dakwah sekali gus melonjakkan prestasi dakwah di dalam dan luar negara.

Menurutnya, Pusat Islam Muslim Care di Warsaw adalah pusat Islam ke lapan yang dibuka pihaknya bagi melancarkan kerja-kerja dakwah dan memudahkan penyaluran sumbangan kepada komuniti dan minoriti Islam di negara berkenaan. Beliau juga memberitahu bahawa dua buah lagi pusat Islam akan dibuka di Chad, Afrika Taupo, New Zealand yang dijangka beroperasi pada pertengahan tahun depan dan 2019.

 

                                                                                         Ditulis oleh : Mohd Fauzi Khalip

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disemak oleh : Hasnila Mohd Jani

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable