Kuala Lumpur, 19 Februari 2020 - Majlis Perasmian Bangunan Baharu IYC disempurnakan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 19 Februari 2020 di Lobi Blok B, Pusat Belia Antarabangsa.

Bangunan yang dibina menyediakan kemudahan penginapan jenis bilik berdua sebanyak 50 bilik, Apartment 2 unit, Suite 2 unit, 1 Bilik Mesyuarat, 4 Bilik Seminar/bengkel, ruang makan, ruang rekreasi dan surau. Kemudahan ini memberi nilai tambah kepada kemudahan sediada IYC bagi menampung keperluan penganjuran program/ seminar/ persidangan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kemudahan yang mempunyai taraf seperti Hotel Bandar, memberi ruang kepada IYC untuk membuka penggunaan kepada semua peringkat golongan sasaran di samping meningkatkan pasaran IYC sebagai institusi pembanguan belia yang mempunyai kemudahan setanding pusat belia di luar Negara pada masa akan datang.

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable