Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

PHNOM PENH, Kemboja: Wakil belia Malaysia terpilih mengisi slot bagi membarisi kepimpinan tertinggi Majlis Belia Asia (AYC) selepas wakilnya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dipilih sebagai Setiausaha Agung baharu AYC sesi 2016-2019.

Maliki yang juga Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), mengisi kedudukan keempat tertinggi AYC itu selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan komuniti itu, malam ini.

Pemilihannya sekali gus meletakkan suara belia Malaysia sentiasa mendapat tempat dan kepercayaan di rantau Asia serta negara ASEAN.

Pemilihan itu yang berlangsung di Sokha Hotel, di sini, turut menyaksikan pelantikan Presiden Baharu AYC yang disandang Ahli Parlimen muda dari Kemboja, Hun Many, yang juga anak kepada Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

Pada Jumaat, akan diadakan Forum Belia Asia (AYF) 2016 bertemakan "Keamanan, Demokrasi dan Ke Arah Kerjasama Serantau SDGs (matlamat pembangunan lestari)", lanjutan aktiviti yang dirangka selepas mesyuarat AYC malam tadi.

Hun Sen turut dijadual hadir merasmikan pembukaan AYF 2016 pada pagi ini, dijangka dihadiri kira-kira 500 delegasi belia dari negara Asia. AYC dianggotai 17 negara anggota termasuk Kemboja, Vietnam, Malaysia, Bangladesh, Thailand, India, Myanmar, Brunei, Korea Selatan, Indonesia, Singapura, Yamen, Maldives, China dan Filipina.

Sementara itu, Hun Many ketika berucap mengajak semua negara anggota AYC bersatu di bawah satu suara bagi membawa misi bersama membangun dan memajukan belia Asia.

Malah, beliau juga menghargai dan akan meneruskan legasi kepimpinan AYC terdahulu yang dipimpin bekas Presiden AYC, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.

"Saya juga mendengar pelbagai program dirangka kepada belia di setiap negara anggota (AYC) dan kita berharap semua aktiviti itu dapat disatukan pada masa depan sebagai simbol kepada penyatuan komuniti dan budaya Asia," katanya. Sementara itu, Maliki pula mengucapkan terima kasih atas amanah yang diberi dan berhajat menjadikan Kuala Lumpur  sebagai pusat utama gerakan dan operasi komuniti AYC.

Berita di petik daripada http://www.bharian.com.my/node/128128

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable