Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
PUTRAJAYA, 23 JUN 2016 – Telekom Malaysia (TM) menjadi penaja pertama untuk Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN ke-9 atau dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017. 

TM menjadi Penyedia Telekomunikasi Berintegrasi bagi Kuala Lumpur 2017 dengan termeterainya perjanijian ini.

Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin, yang menyampaikan ucapan perasmian berkata,” Majlis Menandatangani Perjanjian Platinum bersama TM sememangnya adalah satu pencapaian milestone yang besar bagi Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA 2017(MASOC)”.

“Ia bak tembakan das di garisan permulaan, menjadi simbol kepada satu perjalanan menuju kejayaan yang membabitkan pelbagai pihak, demi satu temasya sukan yang bakal menempah tempatnya sendiri dalam sejarah negara”, ujar beliau.

Beliau turut menambah syarikat-syarikat swasta dialu-alukan untuk tampil ke hadapan terutamanya bagi mereka yang sedang mencari pemasaran serantau. Terdapat empat kategori penajaan disediakan iaitu :

• Kategori 1 - RM7.5 juta hingga RM15 juta sebagai Rakan Penaja Platinum
• Kategori 2 – RM3 juta hingga RM 7.5 juta sebagai Rakan Penaja Emas
• Kategori 3 – RM1 juta hingga RM 3 juta sebagai Rakan Penaja Perak
• Kategori 4 – sehingga RM1 juta sebagai Rakan Penaja Gangsa

Beliau kemudiannya menyaksikan Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Lokman Hakim Ali, dan Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani menandatangani memorandum dalam majlis tersebut yang diadakan di Galeri KBS.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukan SEA 2017, Dato' Seri Zolkples Embong. 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sukan Kuala Lumpur 2017, layari www.kualalumpur2017.com.my. 

Oleh : Azlin Emiza Jamri (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting : Adeli Hussin@Drus (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable