Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
PUTRAJAYA, 14 MAC 2016 – “ Apa saja teguran dan leteran saya selama ini bukan untuk tujuan lain, tetapi untuk memberitahu dan mengajar supaya kita tidak terus melakukan kesilapan yang sama,” 

Itu adalah diantara kata-kata yang dapat diucapkan Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Sri Jamil Salleh selain ucapan terima kasih dan minta maaf sewaktu berjumpa dengan warga kerja Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di setiap aras di Menara ini petang tadi.

Beliau yang akan memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK) mulai esok juga melahirkan rasa seronok dapat berbakti di KBS selama lima tahun lebih walaupun dihati kecilnya masih belum puas untuk membantu melonjakkan nama KBS di persada kecemerlangan.

Kunjungannya ke setiap aras walaupun singkat tetapi menyimpan seribu makna kerana beliau ingin mengucapkan terima kasihnya secara langsung kepada warga kerja kementerian ini yang banyak membantu kejayaannya.

Dato’ Sri Jamil yang cuba menyembunyikan kesedihannya melalui senyuman dan tawa kecil, kemudian mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan KBS di Bilik Mesyuarat Utama di Aras 15 sebelum mengetik kad perakam waktu buat kali terakhir sebagai penjawat awam di KBS pada jam 5.47 petang.

Beliau yang ditemani isteri, Datin Sri Dr. Asmah Samad kemudian bersalam-salaman dengan pegawai-pegawai yang hadir untuk menyaksikan upacara itu sambil mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada beliau.


Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable