Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

CHERAS, Kuala Lumpur – Pihak Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah mengatur satu Taklimat Perkongsian Ilmu, Aktiviti Pengurusan Persekitaran Berkualiti (QE) / 5S dan Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal, Universiti Teknologi Mara (UITM), Puncak Alam, Selangor  pada 17 Jun 2015 (Rabu) bertempat di Bilik Sakura, PBA.

Dua (2) orang pegawai PBA telah dipilih untuk mengikuti program XIII Asian Youth Council (AYC) General Assembly - One Asia Youth Mongolia:Youth's Role In The Future Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu  Pn. Sofia Aniza bt. Hj. Shafiei dan En. Jadzreill b. Jaafar. Dalam sesi perkongsian ilmu, mereka telah menceritakan serba ringkas tentang fakta-fakta am mengenai negara Mongolia, pengalaman dan beberapa tayangan video berkaitan aktiviti dan program tersebut.

Aktiviti Pengurusan Persekitaran Berkualiti (QE) / 5S berlangsung selepas selesai sesi taklimat perkongsian ilmu. Pn. Sanawiyah bt. Zainal Ariffin, selaku Setiausaha Jawatankuasa Induk Persekitaran Berkualiti Amalan 5S telah mengadakan kuiz berkaitan aktiviti amalan 5S di PBA.

Pengurusan IYC turut mengadakan majlis perpisahan bagi meraikan pelajar praktikal dari UiTM iaitu En. Muhammad Hafiz bin Omar, yang ditempatkan di Bahagian Akaun dan Kewangan. Beliau telah memulakan latihan industri pada 2 Mac 2015  dan berakhir pada 19 Jun 2015.

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.       

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable