Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
PUTRAJAYA, 11 APRIL 2016 – Sekalung tahniah buat Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Belia dan Sukan, Nik Abd. Kadir Nik Mohamed apabila dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS mulai hari ini dengan Gred Utama Jusa B. 

Anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) dari Universiti Malaya dan Diploma Pengurusan Awam Intan pada 1984. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan dan ekonomi. Mula berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Penyertaan Bumiputera di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada 1982 sebelum berpindah ke Bahagian Perbadanan Kemajuan Ekonomi dan Pertanian Negeri, Kementerian Perusahaan Awam pada 1989.

Nik Abd. Kadir yang mudah disapa Pak Nik amat berminat dengan kerja-kerja kemasyarakatan. Tidak hairanlah apabila pada banjir besar yang melanda negeri-negeri pantai timur terutamanya di Kelantan pada akhir tahun 2014, beliau adalah di antara yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa daerah di negeri itu.

Seorang yang mudah diajak berbicara tetapi tegas ini menjadi Penasihat Kehormat Persatuan Homestay Malaysia sejak tahun 2004 hingga sekarang selain amat aktif dalam tugas-tugas kemasyarakatan lain seperti Ahli Majlis Bulan Sabit Merah Kebangsaan dan Ahli Panel Kumpulan Inovasi dan Kreatif Peringkat Kebangsaan. 

Pengalaman luasnya ketika berkhidmat di beberapa kementerian seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Selangor, Institut Tadbiran Awam, Kementerian Pertanian dan Kementerian Perusahaan Utama / Kementerian Perusahaan Perladangan dan Industri Komoditi membantunya dlam melaksanakan tugas dengan lebih efisyen.

Nik Abd. Kadir bertukar ke menjadi Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Startegik , KBS mulai 8 Mei 2014 sebelum dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan ) KBS mulai 11 April baru-baru ini.

Hasil kerja yang cemerlang, membolehkan beliau dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 1994 dan 2015. Selian itu, beliau turut menerima Anugerah Kesatria Mangku Negara (2009) dan Johan Setia Mahkota pada 2012 lalu.

Warga Team KBS merakamkan sekalung tahniah buat Pak Nik dan sentiasa mendoakan kebahgiaan dan keberkatan setiap tindakan beliau disamping diberikan kesihatan dan kekuatan untuk membantu memacu KBS ke puncak kegemilangan. Tahniah dan selamat maju jaya.

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable