Kuala Lumpur, 18 Mei 2020 - Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2020 Yayasan Telugu Malaysia dan Persatuan Alumni MIYC Malaysia telah memberikan sumbangan Hari Raya kepada petugas barisan hadapan di pusat kuarantin dan kakitangan IYC.

Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Kantharao kepada Pengurusan IYC. Turut hadir Encik Pathma Seelan a/l Subramaniam, Timbalan Pengarah IYC, Puan Hazila Kamaruddin, Eksekutif Kanan (Media & Komunikasi Korporat) dan Puan Hasnila Mohd Jani, Eksekutif Kanan (Pentadbiran).

Terima kasih kepada pihak Yayasan Telegu Malaysia dan Persatuan Alumni MIYC Malaysia atas sumbangan. Semoga sumbangan tersebut sedikit sebanyak memberikan tanda penghargaan dan berkongsi kegembiraan kepada petugas sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

#IYCMalaysia
#Covid19
#kitajagakita
#LeavingNoOneBehind

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable