Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
KUALA LUMPUR, 24 September 2016 – Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Senator Dato’ Dr Loga Bala Mohan a/l Jaganathan menyempurnakan ‘Soft Launch’ Hari Sukan Negara 2016, Peringkat Wilayah Persekutuan di pusat membeli belah terkemuka Berjaya Times Square. 

Hari Sukan Negara (HSN) 2016 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) akan dilaksanakan di Taman Tasik Titiwangsa. Sebanyak 12 program ikonik HSN Peringkat Kawasan juga turut dilaksanakan pada hari tersebut.

Menurut Encik Hasnata Bin Hasan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, “Sebanyak 591 program telah dirancang dengan sasaran penyertaan seramai 386,653 orang”.

Antara program menarik yang bakal berlangsung ialah Walk For Fit, Mega Aerobikton, Explorace, Largest Participant Taekwon-Do ‘Planks Breaking’ (Malaysia Book of Records), Challenger Fighting for Victory, Larian ‘Cross Country’, Kejohanan Muaythai Amatur dan banyak lagi.

YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan telah menyampaikan watikah perlantikan, Rakan Kongsi dalam pelaksanaan HSN Wilayah Persekutuan kepada semua pihak yang terlibat. Program dan aktiviti HSN Wilayah Persekutuan tahun ini melibatkan pelbagai pihak termasuk sektor swasta (Rakan Penaja dan Strategik), pelbagai Agensi Kerajaan, Persatuan Sukan, Pertubuhan Belia, pihak Sekolah dan Institut Pengajian Tinggi telah dilantik bagi menjayakan HSN 2016.

Pengurusan Berjaya Times Square Kuala Lumpur juga turut serta menyokong usaha Kementerian Belia dan Sukan, dengan menaja lokasi bagi acara ’Roadshow’ dan Promosi HSN Wilayah Persekutuan tahun ini. Semua pegawai dan kakitangan Team Jabatan Belia dan Sukan WPKL, termasuklah Pejabat Belia dan Sukan Kawasan giat mengadakan pameran, edaran flyers program HSN yang menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi aktiviti pertandingan serta cabutan bertuah untuk para pengunjung.

Seramai 6,400 orang yang berkunjung ke pusat membeli belah Berjaya Times Square semalam telah tertarik dengan promosi HSN 2016 Peringkat Wilayah Persekutuan yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti aksi Timbang Bola oleh Raja Freestyler Malaysia, persembahan Seni Wajadiri oleh atlit Muaythai Kebanagsaan (Youth World Championship), demonstrasi Taekwon-Do (Planks Breaking), aksi bermain Yoyo oleh Juara Yoyo Malaysia, Tarian Ekstrem (Breakdance) dan Aerobik. Persembahan band akustik serta penampilan khas artis Zizi Kirana (AF7) sebagai Ikon Selebriti yang akan turun padang menyertai program HSN WPKL 2016 nanti.

Turut hadir memeriahkan Majlis ‘Soft Launch’ HSN WPKL semalam ialah Mohd Razlan Muhammad Raffii, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet bersama isteri Datin Paduka Eina binti Azman dan Encik Azman Adnan Bintang Lagenda Sukan Bola Sepak Negara.

Disediakan oleh : Mahadir bin Darahi (JBSN WP Kuala Lumpur)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh : Adeli Hussin@Drus (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable