Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
PUTRAJAYA, 21 FEBRUARI 2017 – Siri jelajah Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan bergerak ke setiap negeri bermula 24 Februari ini dengan Sabah menjadi lokasi pertama siri jelajah tersebut. 

Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Jen.
Khairy Jamaluddin berkata, siri jelajah dialog yang menjadikan golongan muda sebagai kumpulan sasaran itu, seterusnya akan ke Terengganu pada 27 Februari, Johor (3 Mac), Perak (8 Mac), Sarawak (11 Mac) dan negeri-negeri lain pada tarikh yang akan ditentukan kelak. 

Jelas beliau, bagi siri jelajah tersebut, pihaknya telah mengenal pasti tujuh bidang fokus untuk diberi tumpuan oleh generasi muda bagi pengisian TN50 iaitu nilai murni, urus tadbir, persekitaran, pendidikan, pekerjaan, gaya hidup dan Malaysia di pentas global. 

“Kalau peserta tidak dapat menzahirkan (cadangan dan pandangan) secara lisan, mereka boleh menulis idea mereka di papan cadangan yang disediakan atau melalui platform dalam talian,” ujarnya yang bakal hadir di setiap lokasi siri jelajah nanti.
 
Laporan Oleh : 

Nur Alia Binti Sulaiman (Unit Komunikasi Korporat KBS) 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable