Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
KUALA LUMPUR, 16 FEBRUARI 2017 - Persatuan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan diminta membantu kerajaan mendekati golongan belia dalam usaha mendapatkan input mengenai aspirasi mereka bagi merangka dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50). 

Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin berkata, golongan belia harus meletakkan diri sebagai individu yang memandang masa hadapan dan menjadikan masa lalu sebagai pengajaran serta pengalaman untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada. “Kita boleh menjadikan visi dan misi ini sebagai suatu realiti yang boleh dicapai dan untuk ke arah itu, sudah tiba masa untuk kita berkongsi idea dan merangka pelaksanaannya dengan teratur,” katanya ketika berucap dalam Siri Dialog TN50 bersama lebih 500 wakil persatuan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali berkata, fokus tahun ini adalah untuk memperhalusi aspirasi generasi belia di negara ini melalui pelbagai kaedah dan saluran untuk membandingkan potensi rakyat dengan trend semasa.


Laporan Oleh : 

Nur Alia Binti Sulaiman (Unit Komunikasi Korporat KBS) 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable