Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur – Pengurusan IYC telah melaksanakan sesi meja bulat bagi membincangkan cadangan Modul program "SDGs Among Orang Asli, Young Woman & Youth In Rural Area (Sabah & Sarawak)" pada 23 Januari 2017 di Bilik Bunga Raya,IYC.

 

Program yang bakal dijalankan ini merupakan program anjuran IYC dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama pihak Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA), Universiti Putra Malaysia (UPM), Committee for ASEAN Youth Council (CAYC), Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Belia Orang Asli Malaysia (MBOAM), Hospital Beyond Boundaries (HBB), BLU BEAR Holding dan Malaysia Humanitarian Movement (MHM). 

 

Sesi meja bulat ini merupakan platform kepada rakan strategik yang berkaitan untuk membincang dan memberikan idea dan pandangan berhubung cadangan pembangunan modul sebagai permulaan gerakan kerja untuk program ini. Fokus utama perbincangan modul melibatkan beberapa segmen seperti perkhidmatan kesihatan, pemerkasaan kesukarelaan, organisasi Orang Asli dan pemerkasaan wanita muda. Ini merupakan perkara utama antara prinsip dalam SDGs yang akan diterjemahkan melalui pelaksanaan program yang seterusnya akan memberi impak kepada perkembangan dan pembangunan belia orang asli di negara kita.

 

Perkongsian dengan beberapa Pakar Rujuk dan berpengalaman seperti En. Clive Allen, Presiden Majlis Belia Orang Asli Malaysia (MBOAM),Prof. Madya Dr. Sarjit Singh a/l Darshan Singh, Pensyarah di Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Dr.  Lutfi Fadil Lokman, Ketua Pegawai Eksekutif dari Hospital Beyond Boundaries, wakil dari Blu Bear Holding dan wakil dari Malaysia Humantarian Movement (MHM) dengan pembentangan masing-masing telah membantu menjayakan sesi meja bulat tersebut. 

 

Majlis penutup sesi meja bulat ini telah disempurnakan oleh Pengarah IYC, Tn. Hj. Mohamed Maliki B. Mohamed Rapiee jam 5.00 petang. 

 

Disediakan oleh : Mohd Fauzi Khalip                                                                                                                                                         E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Disunting oleh : Hazila Kamaruddin                                                                                                                                                        E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable