Kuala Lumpur , 26 Mei 2022 - Sesi kunjung-hormat kepada Pengarah IYC dari pihak Golden Future Indonesia (GFI) pada hari ini di Bilik Lembaga IYC.
GFI merupakan sebuah NGO yg berpangkalan di Bandung, Indonesia dan berperanan melaksanakan aktiviti pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan di negara Indonesia serta di seluruh Asia dan Afrika.
Sesi kunjung-hormat ini diatur bertujuan mengenali antara satu sama lain serta membina jaringan hubungan yang baharu dalam konteks pembangunan program belia di antara kedua2 pihak.
Delegasi GFI yang dibawa oleh Puan Nadia Rahmat , Alumni MyCorps terdiri daripada Encik Hamzah Yazid Attamimi,Pengarah Program; Encik Muhammad Ibrian, Partnership Coordinator dan Puan Devi Yulianti Rahmat, Pentadbir GFI.
Kedua-dua pihak berhasrat dan bersetuju mengadakan hubungan bilateral dalam program kerjasama pada masa akan datang.
#IYCMalaysia
#KeluargaMalaysia
#goldenfutureindonesia
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa