Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
 
KUALA TERENGGANU, 22 FEBRUARI 2017 – Le Tour de Langkawi 2017 kembali untuk edisi ke 22, bermula 22 Februari hingga 1 Mac ini. Kejohanan berbasikal yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan diuruskan Ciclista Sports Sdn. Bhd. merangkumi 1222.2 km , 8 peringkat dan merupakan antara Kejohanan terbesar untuk kalender UCI Jelajah Asia. Membariskan pelumba handal dunia, Dimension Data merupakan satu-satunya pasukan professional terbaik dunia dari World Tour yang menyertai LTdL 2017.

Untuk peringkat pertama, Kuala Berang ke Kuala Terengganu dengan 124.5km, Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan pelbagai aktiviti antaranya Kuala Berang Fun Ride, persembahan silat kura-kura dan demonstrasi menumbuk emping oleh kaum wanita Hulu Terengganu.

Majlis pelepasan di Kuala Berang telah disempurnakan oleh YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia bersama YB Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu dan YBrs Tuan Haji Azmi Razik, Pegawai Daerah Hulu Terengganu.

Peringkat pertama Kejohanan Le Tour de Langkawi 2017 telah dijuarai oleh Scott Sunderland dari pasukan Isowhey Sports Swisswellness dengan jarak masa 2 jam 54 minit 45 saat dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu.

Sunderland juga telah dipilih untuk menyarung jersi kuning untuk Juara keseluruhan tajaan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan jersi tajaan Bank Simpanan Nasional (BSN). Gelaran Raja Bukit tajaan CellMaxxx pula diungguli oleh pelumba tanahair, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki daripada Terengganu Cycling Team. Pelumba Asian Terbaik yang menyarung jersi tajaan BMW adalah milik Kuroeda Shiki daripada Aisan Racing Team.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Dato’ Seri Tengku Baharudin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah, adinda kepada Sultan Mizan Zainal Abidin, diiringi YBrs Tuan Nik Abdul Kadir Nik Mohammad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS dan Encik Emir Abdul Jalalm Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2017. Terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu atas sokongan dan kerjasama dalam menganjurkan kejohanan lumba basikal yang berprestij ini. Semoga hubungan erat ini akan berkekalan demi memajukan prestasi sukan negara.

Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh : Norhasiswana bt Rasion, Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable