Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
MIRI, 10 OKTOBER 2016 – Menyahut seruan “Are You Up For Challenge?” sempena Hari Sukan Negara 2016, IKBN Miri telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk sambutan kali ini pada Sabtu lepas. 

Antara aktiviti yang diadakan adalah zumba fitness, ‘fun-run’, aktiviti bola padang seperti bola sepak, bola jaring, bola tampar, ragbi, sepak takraw dan futsal. Sambutan bermula dengan zumba fitness pada jam 7 pagi yang disertai oleh semua kakitangan dan pelajar IKBN Miri.

Majlis perasmian sambutan Hari Sukan Negara 2016 IKBN Miri telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Miri, Tuan Mohamad @ Mohd Yusuf bin Long yang kemudiaannya melepaskan para pelajar untuk acara larian.

Ucapan perasmian Tuan Pengarah antaranya menyentuh kepentingan amalan bersukan sebagai satu gaya hidup yang sihat di samping memberi kata dorongan dan semangat kepada kontigen IKBN Miri yang akan berlepas ke IKBN Naka untuk Sukan ILKBS 17 Oktober kelak.

Disediakan oleh : IKBN Miri
Disunting oleh : Shahrom Abdullah (UKK)

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable