Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

21 Ogos 2019, Pengurusan IYC telah menerima lawatan sambil belajar dari SJKT Kampung Pandan Kuala Lumpur pada hari ini dengan penglibatan seramai 32 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring iaitu Cik Kavi Amutha a/p Kathiravelo, Cik Punithra A/P Maya Alagu dan Pn Chittra A/ P Subramaniam.

Lawatan ini sangat memberi makna kepada kedua-dua pihak di mana IYC dapat berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam bidang pengurusan tanaman bandar ini seterusnya pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar tersebut dapat dipraktikkan diperingkat sekolah seterusnya menjadikan ia sebagai amalan lestari yang memberi manfaat dari aspek sosial, ekonomi, pemakanan sihat serta persekitaran.

En. Azman Bakar selaku pegawai yang menguruskan projek pertanian bandar di IYC juga berkesempatan berkongsi teknik mudah menyemai anak pokok dan penjagaan tanaman yang bebas bahan kimia dan racun perosak kepada pelajar yang hadir.

MAKLUMAN TERKINI

Makluman  

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable