Kuala Lumpur, 18 Mei 2019 - Pusat Belia antarabangsa (IYC) telah menganjurkan program “We Love Ramadan” pada 25 Mei 2019 (Sabtu) di IYC. Program ini adalah merupakan program inisiatif di bawah aktiviti Rakan Muda Ramadan pada tahun ini.  

Program ini telah disertai oleh seramai 75 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa seperti dari Turkey, Bangladesh, Maldives dan Somalia yang datang dari beberapa buah universiti kerajaan seperti UM dan UPM serta dari institusi pengajian tinggi swasta iaitu Kolej MASA. Selain itu juga aktiviti dan program ini turut disertai oleh ahli keluarga dan kakitangan IYC.

Para peserta program diajar untuk menyediakan bubur lambuk yang merupakan makanan tradisi yang selalu dimasak pada bulan puasa. Ini termasuklah daripada penyediaan bahan masakan sehingga kaedah memasak serta pembungkusan bubur lambuk ini. Bubur lambuk ini kemudianya diedarkan kepada orang ramai di sekitar kawasan Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Para peserta program rata – rata berpuas hati menyertai program ini kerana ia merupakan program pertama kali disertai oleh mereka dan ia satu program yang baik untuk mengeratkan hubungan diantara kakitangan IYC dan pelajar – pelajar yang juga merupakan sukarelawan IYC.

 

Disediakan oleh : Mohd Fauzi B. Khalip

E-mel  : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable