Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 22 April 2018, Seramai 17 orang belia Orang Asli dari Kampung Ampang Woh dan Kampung Ayer Denak, Kampung Sungai Kiol, Pahang serta 7 orang pelajar praktikal  IYC telah menyertai program yang bermula pada 19 sehingga 22 April 2018. Program Training of Trainers ini telah dijalankan di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.

 

Objektif program adalah untuk melatih dan membentuk beliawanis sebagai jurcakap untuk ‘menstrual hygiene program’ dan sebagai platform kesihatan khusus untuk wanita dan komuniti Orang Asli amnya dan memberi pendedahan awalan kepada para peserta untuk memahami objektif program yang diharapkan dapat membantu peserta yang terdiri dari Beliawanis OA untuk membangunkan komuniti setempat.

 

Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai isu – isu kesihatan wanita yang sentiasa melingkari komuniti dan golongan ini saban hari. Isu – isu berkenaan kebersihan, pergaulan seks bebas, penyakit kronik seperti AIDS, HIV dan penyakit kelamin. Peserta juga telah didedahkan dengan sesi pembangunan diri yang menerapkan perkara seperti pembinaan keyakinan, pengucapan serta cara berpakaian untuk memberi keyakinan untuk peserta ketika berhadapan dengan hadirin kelak.

 

Majlis penutup serta penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah IYC, YBrs. Dr. Mohamed Maliki b. Mohamed Rapiee.

INFO TERKINI

MAKLUMAN  

PENDAFTARAN PROGRAM

IYCEP - International Youth Centre Exchange Programme (Malaysia - Republic of Korea)

Sila klik pautan<http://www.iyckul.org.my/my/component/jdownloads/download/1-root/20-iycep-international-youth-centre-exchange-programme-malaysia-korea.html?Itemid=1152 untuk maklumat lanjut.

 

TEMPAHAN KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa.

 

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable