Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

Bukit Jelutong - Pusat Belia Antarabangsa dengan kerjasama Katzen telah menyertai satu program sukarelawan membantu membersihkan pusat jagaan kucing terbiar “Katzen Cat Sanctuary” di Bukit Jelutong, Shah Alam. Program ini telah dijalankan pada 14 Mac 2015, hari Sabtu yang lalu. Program ini telah disertai oleh 30 sukarelawan dari IYC, Katzen Sanctuary dan Rey Charity Drive.

Program selama satu hari ini adalah bagi membantu pusat ini membersihkan kawasan dan tempat pusat jagaan yang mempunyai lebih dari 50 ekor kucing terbiar yang telah diselamat dalam beberapa program yang telah dijalankan semasa IYC – UTC Mycats Rescue Rehome Rehab yang lalu.

Kucing – kucing terbiar ini telah diselamatkan dan diberikan tempat tinggal yang baru selain makanan serta diberi rawatan sekiranya perlu. Rata – rata sukarelawan yang telah menyertai program amat gembira dan berbesar hati kerana dapat membantu didalam kerja amal menyelamatkan kucing – kucing terbiar ini. Mereka juga mengharapkan supaya lebih banyak program – program seperti ini dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kerja – kerja amal seperti ini.

Program ini telah berakhir dengan sesi foto berkumpulan pada jam 6.00 petang.

 

Disediakan oleh : Mohd Fauzi Khalip

E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable