Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2016 - Program Rakan Muda Ramadan Bersama Belia Antarabangsa 2016 dengan bertemakan “We Love Ramadan” merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Vellfire Malaysia Club (VMC) pada 25-26 Jun (Sabtu-Ahad).

Seramai 120 orang sukarelawan yang terdiri daripada 40 orang pelajar tahfiz, 20 orang sukarelawan antarabangsa, 15 orang daripada Nazrul Azizi Consulting (NAC), 35 orang ahli Vellfire Malaysia Club dan 10 orang urusetia daripada IYC. Sebanyak 31 buah kenderaan MPV Toyota Vellfire turut dijadikan pengangkutan rasmi bagi membawa semua sukarelawan ke rumah-rumah kebajikan.

Program ini telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bersama YBhg. Datuk Hatipah binti Ibrahim, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan, dan YBrs. Tn. Hj. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC.

Antara rumah-rumah kebajikan yang terpilih adalah Sekolah Tahfiz Anak-anak Yatim Al-Kitab Beranang, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Ummi Selangor, Pusat Jagaan Rumah Kesayangan Petaling Jaya dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh Malaysia.

Uniknya pengisian kali ini turut mendapat penglibatan pelajar-pelajar tahfiz iaitu peserta program Inspirasi Kepimpinan “Tarbiyah Al-Khalifah”, sukarelawan tempatan dan antarabangsa untuk bersahur bersama-sama anak-anak yatim/golongan asnaf dan menyalurkan sumbangan barang keperluan dapur serta wang tunai bagi membantu anak-anak ini untuk membuat persiapan sambutan hari raya aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Penglibatan peserta program Inspirasi Kepimpinan “Tarbiyah Al-Khalifah” merupakan salah satu pengisian program dimana peserta diberi untuk berinteraksi dan mendekati rakan-rakan sebaya/adik-adik yang kurang bernasib baik memberikan tazkirah serta memimpin semasa solat subuh.

Dengan usaha kejayaan ahli Vellfire Malaysia Club, mereka telah memperoleh sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh Satu Ribu Dua Ratus Ringgit (RM21,200.00) hasil sumbangan daripada ahli-ahli kelab dan empat puluh (40) kampit beras 10 kilogram yang telah di sumbangkan oleh Syarikat Jasmin Sdn. Bhd. Selain itu, sumbangan yang telah disalurkan seperti barang keperluan asas (beras, gula, tepung, minyak masak, susu bayi, lampin dll) dan peralatan keperluan rumah (lampu, tong sampah, kotak simpanan dll).

Diharapkan dengan adanya penganjuran program seperti ini, dapat mengikat pertalian ukhwah diantara sukarelawan-sukarelawan malah ikatan silaturahim bersama anak-anak yatim dan golongan asnaf. Ini adalah mendedahkan kepada sukrelawan bagi membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

Disediakan oleh: Mohd Aminnullah bin Mohd Hanapiah

 

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable