Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 28 November 2017 - Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah melaksanakan program pertukaran belia Malaysia - Korea buat kali ke dua pada tahun ini bermula 20 hingga 26 November 2017. Program kali ini membawa tema Keusahawanan, yang melibatkan penyertaan seramai 36 orang dari pelbagai latarbelakang demografi.

Program ini merupakan program kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Asian Youth Council (AYC) yang memberi fokus kepada beberapa objektif antaranya mengukuhkan lagi hubungan persahabatan di antara belia di Malaysia dengan Korea Selatan, terutamanya di Bandar Seoul. Selain itu juga, peserta berpotensi untuk membentuk potensi diri melalui pengisian program dan pengalaman yang diperolehi secara terus sepanjang program diadakan. 

Antara pendekatan dalam pengisian program ini adalah lawatan pendidikan ke Ewha  Womans University, Asean Korea centre (AKC), beramah mesra dengan belia tempatan dan pelajar universiti di Korea, Penghayatan tempat bersejarah ( Korea War Museum, National Museum), berkunjung ke Namsangol Hanok Village, Seoul Tower dan beberapa 'Night Market' yang berhampiran. 

Program sebegini sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada pembangunan kendiri belia itu sendiri dan berharap pengalaman yang diperolehi dan jalinan yang dibina berterusan serta membawa perubahan kepada keluarga, masyarakat seterusnya pembangunan Negara.  

Disediakan oleh : Hazila Bt. Kamaruddin

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

INFO TERKINI

Pendaftaran peserta International Youth Exchange Programme 2018 dibuka sehingga 15 Februari 2018. Sila layari laman sesawang Pusat Belia Antarabangsa (IYC) www.iyckul.org.my untuk maklumat lanjut.

KENYATAAN MEDIA : ACARA KLANG CITY INTERNATIONAL MARATHON 2017

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable