Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 Kuala Lumpur, 17 Disember 2018 -  Pusat Belia antarabangsa (IYC) sekali lagi telah menganjurkan Program Pertukaran Belia Antarabangsa IYC (IYCEP) Malaysia – Republik Korea, pada 9 hingga 16 Disember 2018. Program ini merupakan program kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Asia (AYC). Seramai 20 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar universiti, guru, pensyarah dan golongan profesional. Delegasi peserta ini telah diketuai oleh Cik Norhayati Bt. Mohd Nazori, Pegawai Belia dari Bahagian Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia bersama 2 orang pegawai dari IYC.

Program Pertukaran Belia antara Malaysia dan Korea Selatan adalah bertujuan untuk mengukuhkan ikatan antara negara-negara masing-masing. Selain itu, program ini juga adalah untuk meningkatkan kerjasama di antara golongan muda dalam pelbagai sektor seperti kebudayaan, pendidikan, teknologi, ekonomi dan sosial.

Melalui program ini juga, para peserta bukan hanya meneroka budaya dan kawasan baru di negara itu, malah mereka juga akan mendapat pengalaman berharga yang berkaitan dengan kerja kesukarelaan melalui aktiviti yang telah dirancang dan dijalankan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah aktiviti keusahawan, sesi interaksi bersama belia tempatan dan Program Keluarga Angkat di Seoul, Korea Selatan. Para peserta juga berpeluang membuat kunjung hormat ke Kedutaan Malaysia di Korea selain daripada melawat tempat – tempat menarik di Korea seperti, ASEAN – Korea Center, Istana Gyeongbukjung, Muzium  Nasional dan Muzium Peperangan.

 

Disediakan oleh : Mohd Fauzi B. Khalip

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

Makluman 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

MUAT TURUN

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable