Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KUALA LUMPUR - Persatuan Rekreasi Nasional Malaysia (PRIMA) telah menganjurkan satu program pengenalan asas tali tinggi yang dibuka kepada semua belia yang berminat dengan aktiviti lasak (outdoor). Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Belia Antarabangsa (IYC) pada 10 Januari 2015 (Sabtu) bertempat di Bilik Sakura dan menara tali tinggi IYC.

 

Program ini telah menarik ramai belia untuk menyertai iaitu melebihi 50 orang peserta dan PRIMA telah menghadkan hanya 40 orang sahaja. Peserta juga ada yang datang dari luar kawasan Kuala Lumpur iaitu Negeri Pahang dan Johor. Semua peserta mengikuti kelas disebelah pagi iaitu mengenali peralatan yang akan digunakan dan cara-cara menggunakan peralatan serta yang paling penting adalah faktor keselamatn yang perlu dijaga. Selepas rehat dan makan tengahari, peserta akan membuat latihan praktikal bagi merealisasikan apa yang telah dibelajar pada sebelah pagi. Semua peserta telah diuji fizikal dan mental untuk mengatasi rasa takut apabila mereka perlu memanjat menara dan membuat aktiviti ‘abseiling’. Semasa latihan ini peserta telah mendapat gambaran penuh untuk mementingkan faktor keselamatan semasa menjalankan aktiviti.

 

Keseluruhan program ini telah berjalan dengan lancar dan keadaan cuaca pada hari tersebut juga cerah bagi melakukan aktiviti di luar. Semua peserta berpuas hati dan meminta supaya program seperti ini kerap dianjurkan.

 

 

Disediakan oleh : Mohd Aminnullah bin Mohd Hanapiah

 

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.       

 

 

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable