Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 21 Januari 2018 - Seramai 17 orang belia Orang Asli dari Kampung Ampang Woh dan Kampung Ayer Denak, Perak telah menyertai program Pendidikan Asas Rekreasi selama 3 hari, bermula pada 19 sehingga 21 Januari 2018. Program ini telah dijalankan di Tapak Perkhemahan Sungai Lopo, Hulu Langat, Selangor.

Program anjuran IYC dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Malaysia (PRIMA) adalah bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu asas rekreasi kepada belia Orang Asli supaya mereka dapat membangunkan komuniti setempat dengan penggunaan sumber sedia ada khususnya di bidang eko-pelancongan.

Para peserta juga didedahkan dengan kemahiran tertentu bagi pembangunan sahsiah dan potensi diri. Kemahiran ini diterapkan dalam modul tertentu bagi mempersiapkan peserta sebelum menceburi bidang pelancongan dengan kemahiran yang mereka miliki.

Majlis penutup serta penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Marzuki b. Hashim, Eksekutif Kanan (Program) IYC yang mewakili Pengarah IYC, Dr. Mohamed Maliki b. Mohamed Rapiee.

 

Disediakan oleh : Jadzreill Jaafar - Penolong Eksekutif (Program)

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh : Marzuki b. Hashim - Eksekutif Kanan (Program)

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

INFO TERKINI

MAKLUMAN 
Pusat Belia Antarabangsa (IYC) ingin mempelawa kepada semua Kontraktor atau Pengusaha Makanan Muslim dalam bidang atau taraf berkenaan untuk tender dan sebutharga berikut :

 

PENDAFTARAN PROGRAM

IYCEP - International Youth Centre Exchange Programme (Malaysia - Republic of Korea)

Sila klik pautan<http://www.iyckul.org.my/my/component/jdownloads/download/1-root/20-iycep-international-youth-centre-exchange-programme-malaysia-korea.html?Itemid=1152 untuk maklumat lanjut.

 

TEMPAHAN KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa.

 

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable