Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay


 

Y-Centre, Kedah  Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Pusat Transformasi Bandar (UTC) telah menganjurkan satu program “Mari Belajar Membangunkan Permainan Komputer dan Telefon Pintar di Y-Centre UTC kedah pada 14 Februari 2015. Seramai 34 orang peserta remaja dan belia setempat telah menyertai program ini. Ceramah telah diberikan oleh En. Syahrul Nizam dari syarikat Profound Thinker.

Para peserta telah diberi pendedahan asas bagaimana untuk membangunkan permainan komputer dan telefon pintar tanpa menggunakan “coding” atau bahasa komputer yang rumit dengan menggunakan satu perisian iaitu “Game Salad”. Kursus ini sesuai untuk semua peringkat umur kerana perisian yang digunakan amat mudah dan senang untuk diaplikasikan.

Maklumbalas yang diterima daripada para peserta adalah baik dan mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Huzairi Ahmad Huzairi bin Rawee, Ketua Penolong Setiausaha Kanan (DS)1 dengan diiringi oleh Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cik Azura Abidin dan Timbalan Pengarah JBSN Kedah, Tn. Hj. Othman B. Kadir. Program diakhiri dengan sesi foto berkumpulan.

 

Disediakan oleh : Mohd Fauzi B. Khalip

E - mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable