Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
LUMUT, 31 MAC 2016 – Seramai 24 orang belia yang terdiri daripada 18 orang lelaki dan enam orang perempuan berpeluang untuk berlatih dalam ilmu pelayaran sepanjang Program Kapal Layar DiRaja(KLD) Tunas Samudera Voyage 344 dilaksanakan pada 22 Mac hingga 31 Mac 2016.

Pelatih-pelatih ini dibimbing dan diajar teknik-teknik pelayaran oleh krew KLD Tunas Samudera yang juga Tentera Laut DiRaja Malaysia(TLDM). Antara teknik-teknik yang dipelajari ialah teknik ikatan tali, teknik menggulung dan melabuhkan layar, arahan-arahan yang digunakan semasa pelayaran serta navigasi.

Pelatih-pelatih dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Awasan Putih, Awasan Biru dan Awasan Merah. Setiap awasan diberikan jadual untuk melaksanakan tugas secara bergilir-gilir seperti menghidangkan makanan untuk pelatih, membasuh pinggan, dan night duty.

Pertandingan antara awasan turut diadakan bagi menilai awasan pelatih terbaik. Antara pertandingan yang diadakan ialah Pertandingan Ikatan Tali, Pertandingan Mengenal Barang, Pertandingan Mencipta Logo Awasan dan Pertandingan Tarik Tali.

Selain daripada itu, krew KLD Tunas Samudera turut melatih mereka untuk berdisiplin daripada segi kebersihan, kesihatan dan kerohanian. Para pelatih diwajibkan untuk memastikan bilik dan tandas di atas kapal sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur. Setiap pagi, para pelatih melakukan senaman di atas kapal dan pelatih yang beragama Islam diwajibkan untuk solat berjemaah.

Kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Dr. Mohd Ghani Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri(JBSN) Perak, Tuan Rahim Tuan Baharu memeriahkan Malam Akrab yang diadakan di atas kapal bagi meraikan pelatih tamat belayar.

Pelatih lelaki terbaik ialah Mohd Azamuddin Tasrip manakala pelatih perempuan terbaik ialah Nurulhani Adlina Madzan. Muhammad Zulhilmi Diron dipilih sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan bagi Voyage 344.

Oleh : Azlin Emiza Jamri(Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Disunting : Adeli Hussin@Drus (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable