Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KUALA LUMPUR - Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) telah menganjurkan program IYC-UTC “Greenovation Bootcamp” selama dua hari bermula pada 24 hingga 25 Januari 2015 (Sabtu - Ahad) bertempat di bilik bunga raya, IYC.  

 

Program ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar sekolah untuk memberi kesedaran tentang pengurusan sisa/sampah (waste management) yang menjadi isu alam sekitar yang serius di kalangan penduduk bandar Kuala Lumpur, dan seterusnya adalah bagi menangani masalah ini adalah melalui  kreativiti dan inovasi masing-masing dengan mencipta produk-produk baru daripada bahan terbuang.

 

Seramai 32 orang peserta dari kalangan pelajar-pelajar sekolah sekitar Cheras, Kuala Lumpur telah menyertai program ini. Selama dua hari program ini dijalankan pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepert  Biopuri iaitu menghasilkan sabun muka daripada sisa minyak kelapa sawit dan menghasilkan kertas skrap daripada kertas-kertas terpakai.

 

Selain mengadakan aktiviti berkumpulan turut diadakan pertandingan menghasilkan cadangan projek daripada barangan terbuang ini. Cadangan projek terbaik akan dianugerahkan dengan dana peruntukan untuk mengembangkan idea para peserta. Juara pertandingan ini telah di menangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permaisuri, naib juara di menangi oleh Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur dan tempat ke-3 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak. 

 

Majlis Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Cik Azura Abidin, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

 

 

Disediakan oleh: Pn. Ismazira bt. Ismail

 

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable