Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

UTC Kedah  Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Pusat Transformasi Bandar (UTC) telah menganjurkan program IYC – UTC Explorace di Y-Centre UTC kedah pada 14 Februari 2015. Seramai 18 pasukan yang terdiri daripada remaja dan belia setempat telah menyertai program ini yang bermula dengan acara Zumba oleh jurulatih kecergasan dari Kedah pada jam 9.00 pagi.

Tujuan program explorace ini diadakan adalah bagi mempromosi UTC, IYC dan KBS kepada golongan remaja dan belia setempat. Ini kerana masih ada dikalangan remaja dan belia yang tidak tahu akan perkhidmatan dan fungsi sebenar UTC ini di setiap negeri. Sebanyak 18 agensi telah terlibat didalam explorace ini iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kastam dan jabatan serta agensi berkaitan lain.

Maklumbalas yang diterima daripada para peserta adalah baik dan mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Majlis penutup dan penyampaian hadiah serta sijil telah disempurnakan oleh En. Huzairi Ahmad Huzairi bin Rawee, Ketua Penolong Setiausaha Kanan (DS)1 dengan diiringi oleh Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cik Azura Abidin dan Timbalan Pengarah JBSN Kedah, Tn. Hj. Othman B. Kadir. Program diakhiri dengan sesi foto berkumpulan dan jamuan ringan.

 

Disediakan oleh : Mohd Fauzi B. Khalip

E - mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable