Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Tapah, 16 Julai 2018 – Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama Majlis Belia Orang Asli Malaysia (MBOAM) telah menganjurkan program interaksi pelajar antarabangsa sempena Program International Exchange Student Universiti Kebangsaan Malaysia di Ampang Who, Tapah, Perak. Program Interaksi ini merupakan kesinambungan usaha pelaksanaan Program SDG’s Among Orang Asli, Young Woman and Youth in Rural Area (Sabah & Sarawak) dan telah diadakan pada 13 – 15 Julai 2018. IYC selaku penyelaras, telah dijemput oleh pihak MBOAM dengan bertujuan untuk melakukan pemantauan terhadap pelaksanaan segmen pemerkasaan bagi eko pelancongan di Ampang Woh. Selain itu, program ini diadakan adalah bagi mendapatkan cadangan penambahbaikan terhadap siri program sebelum ini yang telah disertai oleh peserta-peserta program ini, selain menentukan halatuju seterusnya Program SDG’s Among Orang Asli, Young Woman and Youth in Rural Area (Sabah & Sarawak) ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi pengenalan peserta program atau ice-breaking session, pengenalan kepada adat masyarakat semai, sesi taklimat program kepada komuniti orang asli, sesi perkongsian, sesi pengenalan kepada berburu, memancing dan jejak sejarah.

Program ini merupakan program yang melibatkan penyertaan daripada mahasiswa UKM yang terdiri daripada mahasiswa tempatan dan juga antarabangsa iaitu daripada Hong Kong, Australia dan juga Mexico. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk membentuk sifat murni selain memupuk kesedaran matlamat SDG dalam kalangan generasi muda ini yang mana ianya merupakan salah satu misi yang ingin dicapai oleh IYC disamping mengukuhkan jaringan kerjasama dengan negara atau persatuan yang disertai oleh para peserta.

 

Disediakan oleh : Jadzreill B. Jaafar

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disemak oleh : Marzuki B. Hashim

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

INFO TERKINI

TEMPAHAN KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa.

 

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable