Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

13 September 2019- Cheras, Kuala Lumpur - Telah berlangusng Pre-Departure Training (PDT) Program Pertukaran Belia Antarabangsa IYC (IYCEP) Malaysia – Maldives pada 13 September 2019 bertempat di Bilik Bunga Raya,Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur. Pelaksanaan PDT- Program Pertukaran Belia Antarabangsa IYC (IYCEP) Malaysia – Maldives ini merupakan persediaan kepada perserta untuk ke Maldives bermula 13 hingga 19 September 2019 bagi mengikuti aktiviti-aktiviti program yang telah disediakan.

Program ini merupakan program kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Asia (AYC). Seramai 20 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar universiti, guru, pensyarah dan golongan profesional. Delegasi peserta kali ini telah diketuai oleh Pn. Norshafinar Bt. Shah Budin, Ketua Penolong Pengarah Kluster Kepimpinan Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia bersama 3 orang pegawai dari IYC.

Program Pertukaran Belia antara Malaysia dan Maldives adalah bertujuan untuk mengukuhkan ikatan antara negara-negara masing-masing. Selain itu, program ini juga adalah untuk meningkatkan kerjasama di antara golongan muda dalam pelbagai sektor seperti kebudayaan, pendidikan, teknologi, ekonomi dan sosial.

Melalui program ini juga, para peserta bukan hanya meneroka budaya dan kawasan baru di negara itu, malah mereka juga akan mendapat pengalaman berharga yang berkaitan dengan kerja kesukarelaan melalui aktiviti yang telah dirancang dan dijalankan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah aktiviti keusahawan, sesi interaksi bersama belia tempatan. Para peserta juga berpeluang melawat tempat – tempat menarik di Maldives seperti, Ministry of Youth, Sports and Community Empowerment of Maldives, Maldives National University, Komuniti Belia Maldives, Nationa Library serta lawatan ke pulau-pulau sekitar Maldives.

Ucapan ringkas telah disampaikan oleh Pn. Sofia Aniza Binti Hj. Shafiei ,Eksekutif kanan (Akaun & Kewangan) Pusat Belia Antarabangsa (IYC), turut serta Pn. Nageswary A/P Kandasamidik, Penolong Eksekutif (Program) dan Pn. Norshafinar Bt. Shah Budin, Ketua Penolong Pengarah Kluster Kepimpinan Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia

MAKLUMAN TERKINI

Makluman  

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable