Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

IYC Kuala Lumpur - Perhimpunan Bulan Mac IYC 2015 telah diadakan pada 2 Mac 2015 di Bilik Bunga Raya IYC dan telah dimulai dengan sesi Ulasan Buku yang telah disampaikan oleh Puan Norzehen Shamsudin dengan buku bertajuk “Jom Mengetop”. Buku yang berkisar mengenai kaedah pendekatan motivasi yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan kita seharian. Sesi ulasan buku yang kedua telah disampaikan oleh Puan Sabariah Nawi dengan buku yang bertajuk “Panduan Keibubapaan Cemerlang Anakku Sayang”. Buku ini pula adalah mengenai panduan didalam mendidik anak – anak oleh ibubapa. Sesi ulasan buku yang akhir telah disampaikan oleh Puan Haslinda Wahab dengan tajuk buku “Kejayaan Dari Dalam Diri”.Buku ini adalah mengenai cara untuk mengenalpasti kejayaan yang boleh dicapai dengan mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam.

 

Majlis Perhimpunan Bulan Mac 2015 IYC kali ini telah diselaraskan Pn. Sofia Aniza Bt. Hj Shafiei, Eksekutif Kanan (Akaun dan Kewangan) manakala bacaan doa telah diketuai oleh En. Muhammad Mazwan Mazny diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan dan 2 buah lagu patriotik. Segmen taklimat 5S telah disampaikan oleh Pn. Dewi Yusmalaila, Ketua Jawatankuasa Promosi 5S IYC.

 

 Cik Azura, Pengarah IYC didalam ucapanya menegaskan bahawa kejayaan sesebuah organisasi adalah dengan adanya hubungan komunikasi yang baik dan keyakinan diri yang tinggi.  Beliau juga mengingatkan kakitangan IYC agar mengekalkan langkah-langkah penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah berikutan kenaikan harga minyak yang diwartakan oleh kerajaan baru-baru ini.  Beliau juga menekankan perlunya wujud sifat kekitaan dikalangan kakitangan IYC.

 

Pn. Syamsinah Harun telah dipilih dan dianugerahkan sebagai Pekerja Terbaik Bulan Februari 2015.Pihak Pengurusan juga turut meraikan lima (5) orang kakitangan IYC termasuk Pengarah IYC sendiri sempena hari lahir mereka pada bulan Mac ini. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.

 

Ditulis oleh : Pn. Rohaya Bt. Abu Bakar

email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Diedit oleh : Mohd Fauzi b. Khalip

email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable