Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KUALA LUMPUR :Pengurusan IYC telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Januari 2018 di Bilik Bunga Raya pada jam 9.00 pagi. Perhimpunan kali ini diselaras oleh Bahagian Pentadbiran di bawah kelolaan Pn. Hasnila Binti Mohd Jani, Eksekutif Kanan (Pentadbiran). Aturcara majlis perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Wawasan IYC, lagu patriotik, bacaan doa, lafaz ikrar, sesi perkongsian ilmu daripada Pn. Sofia Aniza binti Hj. Shafiei, Eksekutif Kanan (Akaun dan Kewangan) bertajuk Misi Program MyCorps di Bumi Bangladesh dan Cik Amelia , pelajar praktikal dari Politeknik Muadzam Shah, Pahang bertajuk Internet of Things (IOT).

 

Pengarah IYC, YBhg. Dr.  Mohamed Maliki didalam ucapannya menyebut tentang kepentingan mempunyai etika dan sikap yang lebih terbuka, positif, berdaya saing dan menghormati orang lain dalam memastikan setiap tugasan dijalankan dengan sempurna tanpa mewujudkan suasana yang tidak sihat.  Beliau juga turut mengingatkan kepada semua kakitangan IYC tentang lima (5) nilai murni yang menjadi pegangan asas IYC sejak penubuhan lagi.  

 

Dr.  Mohamed Maliki turut menyentuh beberapa perkara yang boleh menjadi motivasi dan pengajaran termasuklah masalah dan isu berkaitan media sosial masa kini antara nya ialah  masalah identiti yang dikenali sebagai “Fake Syndrome” yang timbul daripada budaya sosial media seperti Fabebook, Instagram dan sebagainya.

 

Pengarah IYC juga mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan IYC bagi bulan Disember 2017 ialah Pn. Sanawiyah Binti Zainal Arifin, Pembantu Tadbir (Jualan) dari Bahagian Pemasaran. Majlis perhimpunan diakhiri dengan sambutan hari lahir kakitangan IYC.

 

 

INFO TERKINI

Pendaftaran peserta International Youth Exchange Programme 2018 dibuka sehingga 15 Februari 2018. Sila layari laman sesawang Pusat Belia Antarabangsa (IYC) www.iyckul.org.my untuk maklumat lanjut.

KENYATAAN MEDIA : ACARA KLANG CITY INTERNATIONAL MARATHON 2017

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable