Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
 
KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER 2016 - Program Bual Bicara : Peranan Keamanan Terhadap Kestabilan Ekonomi dan Politik bersempena Ulang Tahun Universiti Malaya yang ke 111 dan sambutan International Day of Peace telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Naib Cancelor Universiti Malaya, Prof. Dr. Noor Saadah Binti Abd Rahman, YBrs. Dr. Hjh. Wasitah Hj Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Prof. Datin Dr. Raihanah Abdullah, Dekan/Pengarah Program Kluster Penyelidikan Humanities, UM dan Pengarah Negara, Islamic Relief Malaysia, Ir. Tn. Hj. Zairulshahfuddin Zainal Abidin.

Di dalam majlis tersebut,YBhg Dato’ KSU turut melancarkan buku-buku penerbitan di bawah Kluster Penyelidikan Humanities Universiti Malaya (UM). Pada majlis yang sama turut dimeterai perjanjian persefahaman antara UM dan IYRES yang ditandatangani oleh KPE IYRES bersama Timbalan Naib Cancelor UM dan majlis tersebut telah disaksikan oleh YBhg. Dato' Lokman Hakim Ali, KSU KBS.

Sebagai acara simbolik Sambutan International Day of Peace yang disambut pada tarikh yang sama diseluruh dunia, Dif-dif kehormat Jemputan turut melepaskan burung merpati sebagai simbol keamanan di perkarangan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Selain daripada itu terdapat 11 aktiviti akan dilaksanakan di Akademi Pengajian Islam, UM di sepanjang sambutan pada hari ini dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti tersebut adalah berkaitan dan bertemakan Keamanan.

Disediakan Oleh: Nursyafatin binti Ahmad
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting Oleh: Wan Nor Iza binti Mohd Nor
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable