Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

2 Oktober 2019 - Program ini merupakan acara tahunan anjuran Yuvsatta Organisation Chandigarh, India. Program bermula pada 29 September hingga 2 Oktober 2019 dengan tema "Leave No One Behind". Penyertaan seramai 100 orang belia daripada pelbagai negara antaranya Afghanistan, Syria, Sudan, Indonesia, Myanmar, Nepal, Bangladesh, Philippines, Sri Lanka, Austria, United State, Vietnam, Malaysia, Uganda, Australia dan tidak ketinggalan sukarelawan India seramai 300 orang.

Pengurusan IYC sebagai rakan strategik sentiasa menyokong gerakan dan usaha dalam memperjuangkan pembangunan belia terutamanya yang memberi fokus kepada teras pengantarabangsaan belia itu sendiri. Penglibatan 3 orang pegawai IYC dalam program ini dapat membantu dalam memperluas dan memperkukuhkan lagi jaringan sedia ada.

Pengisian program yang padat melibatkan sesi dialog yang menyentuh tentang isu keharmonian sejagat dan perbincangan kumpulan yang turut membincangkan pembangunan "sustainability on environment"diperingkat agensi masing-masing.

Program ini juga turut meraikan sambutan 150 tahun Mahatma Gandhi yang merupakan pejuang rakyat India dan perarakan untuk mengutip plastik bagi kempen "No plastic".

#Letsdomore#GYPF2019#LeaveNoOneBehind#Chandigarh#Mohali#Youth#Peace

MAKLUMAN TERKINI

Makluman 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable