Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
BUKIT JALIL, 10 FEBRUARI 2016 - Penularan virus Zika mencetuskan ke bimbangan dalam kalangan atlet apabila hingga kini masih belum ada sebarang vaksin yang boleh diambil bagi menghalang penyakit itu.
 
Bagaimanapun, menurut Pengarah Bahagian Pengarah Perubatan Institut Sukan Negara (ISN), Dr. Arshad Puji berkata, sebagai langkah berjaga-jaga beberapa pendekatan boleh diambil antaranya berbincang dengan pakar perubatan terutama ISN serta merujuk kepada nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selain itu, Dr Arshad berkata, ISN juga akan membekalkan alat penghalau nyamuk kepada atlet terutama penerjun yang akan beraksi di Kejohanan Piala Dunia di Brazil dari 19 hingga 21 Februari ini.

Atlet disarankan mendapatkan suntikan pencegahan demam kuning (yellow fever) sebelum masuk ke Brazil. Brazil juga antara negara dengan risioko angkitan demam kuning. Hingga setakat ini belum ada suntikan atau vaksin yang boleh mencegah virus Zika ini. Suntikan ini bagaimanapun bukan satu kewajipan. Namun sebagai langkah pencegahan.

“ Selain itu apa yang boleh dibuat ISN adalah menasihatkan atlet supaya sentiasa merujuk kepada WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan mendapatkan nasihat KKM,”katanya. Mengulas mengenai atlet terjun yang kini berada di China, Dr Arshad berkata, mereka disarankan mengambil suntikan pencegahan demam kuning itu di negara berkenaan sebelum ke Brazil.

Oleh : Nurafika Shahrudin ( Isntitut Sukan Negara )

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable